Bismillahirahmannirahim...
Selalu didengar orang berkata..Pesan berbaik-baik..Mati meninggalkan nama..
nama itu ternyata adalah kebaikan atau kejelekan
Jika tidak mampu menjadi baik..Belajarlah untuk suka menjadi baik..Payah sekalipun untuk menempati diri menjadi baik..Tetapi jangan sesekali tidak suka kepada yang baik
Dicari orang pada yang baik..Tidak pula ia suka pada yang jahat..Kerana yang baik-baik itu pastinya yang baik..Di keranakan ia menunjukkan yang baik-baik
Jika tidak mampu menjadi baik..Belajarlah untuk suka menjadi baik..Jika tiada terdetik untuk belajar pada yang baik..Tiadalah kepadanya yang baik itu
Berbuat baik mudahnya disukakan orang..Kerana baik binatang-haiwan pun menjadi kawan..Kerana yang baik-baik itu bersifat kebaikan..Jesteru baiklah suka kepada yang baik
Jangan jemu mencari yang baik..Jangan lelah berbuat baik..Berpura-pura menjadi baik lebih baik..Daripada menjauhi diri dengan yang baik-baik
Kalau kerana baik orang berubah menjadi baik..Bukanlah ia menjadi suatu yang pelik..Cuma jika disebabkan baik orang bertukar menjadi jahat..Adapun dikata orang baik berperangai jahat
Tetapi tetaplah menginginkan menjadi baik..Tidak kira diawal,dipertengahan malah di ujungan usia..Jika tidak mampu menjadi baik,selalu-selalulah mendengar yang baik..Samalah juga belajar untuk suka menjadi baik
Baik itu tetaplah ia baik sifatnya..Seumpama air selagi ia tidak bertukar warna tetaplah ia jernih putih..Tetapi ia tetaplah bersifat baik sekalipun bertukar menjadi air kopi,teh seumpamanya..Tetaplah ia diminum kerana ia baik menyukakan orang
Begitulah pada baik itu sifatnya tidak berubah..Baik pun manusia itu berubah laku dan sikap serta tabiatnya..Fitrahnya tetaplah dicarikan kepada yang baik itu
selama mana akalnya mampu berfikir waras
Andainya ia tetap tidak menjadi baik..Itu kerana nilai kebaikan itu kian menyusut
tetaplah juga yang baik itu cuma ia bertukar menjadi tidak baik adanya
tetapi baik itu tidaklah hilang dikeranakan susut nilai baik pada dirinya
Akhirnya..Jika tidak mampu pun untuk menjadi baik..Belajarlah untuk suka menjadi baik..Tidak mengapa jahat menjadi baik...Sesekali jangan baik menjadi jahat...
No comments:
Post a Comment