Saturday, February 26, 2011

Janganlah Marah, Gurau Pun Tak Boleh?

"Janganlah marah, gurau pun tak boleh?"

Begitulah kata-kata yang sering kita dengar apabila seseorang itu mengeluh selepas menjadi mangsa gurauan berlebihan dari kawan sendiri. Sebenarnya, tidak salah untuk kita bergurau atau berjenaka dengan kawan-kawan kita, tapi perlulah berpada-pada. 

Bergurau boleh dikatakan perbuatan kelakar melalui perbuatan, kata-kata dan sebagainya. Ia boleh mengembirakan atau dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Menurut pandangan Islam, perbuatan yang boleh membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda. 

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!" 

Riwayat Abu Daud.


Dalam Islam telah digariskan adab-adab untuk kita bergurau agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.

1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
2. Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya. 
3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
4. Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
5. Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
6. Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
7. Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. 


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya. 


baru ak tau!!!Arak Menjadi Madu

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.


Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.


Allah Taala berfirman,

" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"

Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "


Kisah Rasulullah S.A.W.....

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran 

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 
------------------------------------------------------

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan...... 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 
------------------------------------------------------

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 
-----------------------------------------------------

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah 
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') 
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 
------------------------------------------------------

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur,.........
'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?' 
-----------------------------------------------------

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.
' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. 

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 
-----------------------------------------------------------

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 
----------------------------------------------------------

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 
----------------------------------------------------------

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 
----------------------------------------------------------

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 
-----------------------------------------------------------

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 
-----------------------------------------------------------

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih 
bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' 


Rasulullah s. a. w. bersabda,..........
'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Thursday, February 24, 2011

sejarah asl melayu

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....



1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera



1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana



Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...



1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...



Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .



Seminggu selepas



FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah



Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya



hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,

hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang

macam macam lagi hang ada kat sana.....



Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan

pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat

ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

Friday, February 18, 2011

mari fikirkan

BARU AKU TAHU!!KOMPUTER MUHAMMAD

Nama 'MUHAMMAD' seolah-olah kunci segala ilmu pengatahuan dan maklumat. Apabila terlupa sesuatu perkara, ilmu, maklumat atau fakta; berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beberapa kali dengan khusyuk. Insya'Allah anda segera dapat mengingatkan kembali perkara yang diperlukan. Amalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua, lebai-lebai dan ustaz-ustaz.

Umpamanya, anda terlupa nama jalan, nama kenalan, lupa fakta di dalam dewan peperiksaan atau lupa di mana anda telah meletakkan sesuatu barang, maka anda bolehlah menggunakan petua ini. Ia diibaratkan seperti komputer yang menganalisa, mencari dan mengeluarkan kembali maklumat yang pernah disimpan olehnya.

Rasullullah bersabda," Sesiapa yang hendak menceritakan sesuatu (hadis atau sebagainya) lalu terlupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku. Sesungguhnya berselawat kepadaku (ada kekuatan kerohanian yang) boleh mengingatkan hadis (dan sebagainya. Semoga dia akan teringat."

Si Gadis Melampau Menerima Azab Allah s.w.t~~!!

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. 

Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

“Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. 

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri…. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. 

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Persediaan Sebelum Tidur

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

baru AKU tahu!!!~~Pengalaman anda @ pengalaman orang lain

Belajar dari pengalaman ialah suatu pengajaran yang paling efektif dan simple untuk di hayati . Kita selalu dengar ayat ni “experience is the best teacher”. Belajar dari pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain? Mana satu pilihan anda?. Bagi saya belajar dari pengalaman orang adalah lebih efectif kerana kita tidak perlu melalui pengalaman itu sendiri sekiranya pengalaman itu menensionkn or menyakitkn or bukannya pengalaman bermakna. Saya bercakap di sini bukanlah mengenai pengalaman keluar ngn awek or pengalaman-pengalamn manis dan fantasi tetapi pengalaman hidup yg akan mengajar kita berfikiran lebih matang.

Belajar dari pengalaman orang lain buknnya senang kerana kita perlu betul2 muhasabah dan sentiasa mengingtkn diri kita akan pengalaman tersebut sebagai contoh kemalangan di jalan raya. Kita dapat tengok kebanyakkan pembonceng moto dan pemandu kereta suka membawa laju walaupun dalam keadaan jalan yg agak sibuk. Adakah kita tggu berlakunya kemalangan terlebih dahulu sebelum kita berfikir semasa memandu??. Macam mana kalau kemalangan itu berlaku ke atas diri kita,adakah kita sempat untuk mengelakkannya?bagaimana jika kita mnyebabkan kematian orng lain?adakah baru ketika itu kita akan insaf. Sebab itulah sy mnyatakn lau kita belajar dari pengalaman orang lain sudah tentu kita akn sentiasa memandu dalam keadaan beringat and even if berlaku kemalangan pun kita tahu kita da cuba yg terbaik dalam kes ini.

Belajar dari pengalamn orang lain juga adalah perlu terutama dalam pelajaran. Kita dapat melihat sendiri bagaimana menjadi seorang yg Berjaya jika kita belajar dengn bersugguh-sungguh. Tak kan la kita nk gagal dahulu dan melalui hidup yg perit untuk betul2 mengetahui bahawa berjaya dlm pelajaran adalah pnting dalam laluan masa depan kita. Jika kita sentiasa belajar pngalamn sekeliling kita dpt berfikir dengn waras mana yg betul dan mana yg terbaik untuk diri kita.
Kadang kala manusia juga perlukan kesilapan dalam hidup supaya dpt matangkn diri tetapi buknlah kesilapn yg berterusan dan berkekalan yg akan merugikan kita satu hari nnt. Oleh itu sentiasalah belajar dari kesilapan or penglaman kita dan juga orng lain supaya kita menjadi insan yg berguna di dunia dan juga di akhirat…InsyaAllah..

BARU AKU TAHU!!Sahabat dan Ikhwan

Pada suatu hari terjadi percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar. Kata Rasulullah "Wahai Abu Bakar, alangkah rindunya aku hendak bertemu dengan ikhwan-ikhwanku (saudara)." 
"Wahai Rasulullah. Bukankah kami ini teman-temanmu?" tanya Abu Bakar.
"Bukan!" Jawab Nabi saw. "Kamu ini hanyalah sahabat-sahabatku,"
Keterangan Nabi saw ini menghairankan saidina Abu Bakar. Apa bezanya sahabat dan ikhwan?
"ikhwan-ikhwanku," menurut Nabi saw :iailah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi merekaberiman dengan aku dan mencintai ku sehingga aku lebih mereka cintai dari anak dan orang tua mereka".
Saidina dan para sahabat lain merasa hairan dan ingin tahu.
"Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan cinta kepada ikhwanku itu, mereka mencintai engkau pula kerana kecintaan aku kepada engkau," demikian kata Rasulullah.
Sungguk mulia Rasullulah melahirkan istilah bagi umat yang hidup setelah kewafatan baginda. Mereka beriman kepada Allah dan Rasul, tetapi tidak pernah berjumpa baginda.
Rasulullah juga membicarakan kemurnian iman ikhwan sehingga para sahabat hairan mendengarnya.
"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat". jawab mereka.
"Bagaimana malaikat tidak akan beriman kepada Allah sedangkan mereka dekat sekali dengan Allah". Jawab Rasulullah.
"Para Nabi," jawab mereka lagi.
"Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka," jawab Rasulullah.
"Kami". jawab sahabat lagi.
"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," jawab Nabi saw.
Nabi saw menjawab "Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sedudah aku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya. Baginda berkata lagi. " Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh (7) kali orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku..
Demikianlah Rasulullah saw mencintai sahabat yang selalu berjumpa dengan baginda dan ikhwan yang memiliki iman ajaib tetapi tidak pernah berjumpa baginda.

Doa simpati dan kasih nabi kepada umatnya - Tafsir All-Maidah : 118

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Aku tidak berupaya untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada Mu, wahai Tuhanku" (Al Maidah : 118).

Diriwayatkan dalam satu ahadis bahawa pada satu malam,. Rasulullah s.a.w bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).

Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat sembahyangnya.

Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.

Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelagh selesai sembahyang dia mengankat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekaligus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya.

Ibu Bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini sahaja.

Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi s.a.w sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.

Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam, dan berdoa sambil mengadu tentang apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.

Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa baginda s.a.w mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan ummatmu  dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu."

Diriwayatkan dalam satu hadis yang lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70 000 di kalangan umatku masuk syurga  dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70 000 ini diikuti oleh 70 000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab."

Yakni diberi syafaat oleh 70 000 orang ini disamping syafaat Nabi saw yang diberikan kepada ummatnnya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir di dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad.

Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah  syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi saw sebagaiman yang disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud, "peganglah dengan gigi geraham kamu."

Yakni ajaran Rasulullah saw itu bukan sahaja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak.

Tidak undur walaupun sedikit dari ajaran Nabi saw. Jika seseoarang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah saw serta mendapat rahmat yang diberi oleh Allah kepada umat Muhammad saw.

Sifat Akhir Zaman (Kehilangan Tuhan)




Di akhir zaman sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan


Atau mereka sudah tidak fikirkan lagi adanya Tuhan
Hingga mereka sudah tidak terasa lagi peranan Tuhan di dalam
kehidupan
Walaupun mereka percaya adanya Tuhan,
tapi pada mereka kehidupan ini seolah-olah Tuhan tidak campur tangan
Oleh itu umat Islam sudah ramai tidak perlukan Tuhan
Kalau mereka pandai adalah usaha mereka Tuhan tidak kena-mengena
Jika mereka kaya, berpangkat, berkuasa kerana kemampuan mereka,
Tuhan tidak ada kuasa menentukan nasib mereka
Tuhan itu hanya sekadar ada
Peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada
Cuma sekali-sekala terasa perlukan Tuhan,
setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka
Seperti sakit, miskin, dianiaya sesama mereka
Barulah mereka berdoa atau meminta kawan-kawan tolong doakan
keselamatan mereka
Setelah baik atau senang semula lupa pula dengan Tuhan, Tuhan tidak
diperlukan pula
Sikap ini bukan sahaja berlaku kepada ramai umat Islam di akhir zaman
Bahkan yang kelihatan beragama pun seperti masih bersembahyang,
berpuasa, naik haji, sama aja
Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya
Jadi yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah mereka
Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama aja
Kalaupun percaya adanya Tuhan, Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup
mereka
Kalau begitu umat Islam pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada
Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicintai tidak ada di dalam
perasaan mereka
Side effectnya apa sudah terjadi?
Orang beragama dengan tidak, perangainya sama aja
Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar, sama-sama bergaduh,
sama-sama berkrisis
Sama-sama tidak ada kasih sayang, sama-sama tidak ada bertimbang
rasa,
sama-sama tidak peduli-mempeduli
Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah, sama-sama tidak
merendah diri
Mengapa perangai sama?
Mengamalkan agama hanya tradisi, warisan, tidak ada ilmu, tidak
dihayati,
hanya harap pahala
Bukan ditunjang oleh takut atau cintakan Tuhan,
maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan akhlak yang mulia