Sunday, February 6, 2011

Petanda petanda anda “Kurang Keyakinan Diri”

Sifat kurang atau tiada keyakinan diri ini akan membataskan dan menghalang kita dari memaksima kan pengunaan potensi dan kebolehan sebenar yang terdapat dalam diri kita dan secara tak langsung akan menghalang kita untuk mengejar kejayaan yang kita impikan.

Pada saya masaalah utama ialah bukan untuk mengubah atau memperbaiki diri kita, tapi kemampuan kita untuk mengesan kelemahan dan sifat negatif itu. Jadi mengenali dan memahami tanda tanda sifat negatif itu adalah amat perlu untuk menyedarkan kita dan seterusnya baru kita berpeluang untuk memperbaikinya.

Sifat Yang terdapat pada mereka yang bermasaalah :

1. Kurang Keinginan, Hasrat atau cita cita 

Tiada keinginan, kegairahan, Hasrat atau cita cita untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, mendapat hasil yang lebih banyak atau keputusan yang lebih baik dari kerja atau sesuatu yang diusahakan, ini merupakan Sifat yang paling teruk yang boleh berlaku pada individu yang mempuyai masaalah kurang keyakinan diri. Sifat ini boleh menyebabkan anda sukar untuk mendapat kenaikan pangkat, atau mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada ada sekarang dan ini akan menjurus kearah kekecewaan dan kemurungan. Secara ringkasnya jika anda mempunyai sifat ni dalam diri anda anda hanya akan mengundang kehampaan dan kesedihan dalam kehidupan anda.

2. Mempunyai sikap dan sifat negative

Ni lagi satu sifat yang termasuk dalam golongan kritikal, jika anda selalu mepunyai pandagan dan fikiran negative terhada sesuatu kejadian atau keadaan anda sebenarnya telah meletakan satu penghalang pada kehidupan anda, anda telah menghalang diri dan kehidupan anda untuk menikmati sesuatu hasil atau keputusan yang baik hasil daripada usaha dan titik peluh anda sendiri, Jadi berusahalah untuk singkirkan sifat ini, cari jalan keluar secepat mungkin atau dapatkan sokongan dari kawan kawan anda untuk hadapinya. (sebab aku sendiri pun tak yakin dapat buang sikap ni bersendirian)

3. Penampilan diri yang tak terurus

Ini berkaitan dengan First Impression, Sedar atau tidak sebenarnya tanggapan umum merupakan satu faktor penting dalam kita mencapai apa yang kita impikan, jadi jika anda jenis yang pakai ikut sedap sendiri, keluar rumah dengan rambut seperti mangsa rogol, senang cerita selekeh dan serabai, yang pada anda kononnya selambe…, anda sebenarnya telah menjatuhkan kredibiliti dan merendahkan martabat diri anda di mata umum, dan ini menyebabkan umum hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, dan ini telah menutup peluang anda untuk membina kreadibiliti anda dalam masyarakat, jadi gunakanlah pepatah “don’t judge a book by its cover” pada tempat yang sesuai jangan main hentam ikut sedap anda sahaja.

4. Cara hidup tak sihat

Satu lagi sifat kritikal yang terdapat pada mereka yang Kurang keyakinan diri, yang ni berkaitan dengan cara kita menjaga diri kita, seperti pengambilan makanan yang tak seimbang, makan ikut sedap tekak tampa mengira kandungan zat, dan lemak yang terdapat dalam makan yang kita ambil, malas bersukan dan bersenam (yang ni memang masaalah pada aku dan mungkin pada ramai blogger lain) dan ditambah pula dengan merokok dan pengambilan alcohol, cara hidup begini sebenarnay tiket first class untuk kearah kehidupan yang tak sihat, seperti mudah diserang penyakit, mood yang tak menentu, kelesuan dan tak bersemangat dan menyebabkan anda sentiasa berada dalam keadaan serba salah , mat saleh kata “catch 22 situation”

5. Terlampau Pemalu

Kalau dari sumber yang aku dapat dia sebut “pemalu” sahaja, tapi disebab kan aku ni orang Malaysia, Melayu dan juga beragama Islam jadi aku tak berapa setuju dengan fakta yang diberi jadi aku ubah mengikut mindset dan cara hidup aku sendiri, Terlampau pemalu yang aku maksudkan ialah seperti malu untuk bercakap dikhalayak ramai, malu untuk bergaul dan menonjolkan diri di majlis majlis atau malu untuk bersuara bagi melontarkan pandangan dan pendapat, lagi satu yang aku nak tambah dimana ada sesetengah kes dimana perasaan malu ni menyebabkan “panic attacks” atau “emotional distress” kalau dah sampai tahap ni aku sarankan supaya mendapat bantuan Pakar.

6. Perasaan Takut

Yang ni bukan takut sebab tengok cerita jangan pandang belakang congkak, Tapi takut disini ialah takut untuk mencuba sesuatu yang baru, takut untuk memberi pandangan dan cadangan, takut untuk memberi idea, takut gagal, takut kecewa dan macam macam lagi. Perasaan takut ni sebenarnya sejenis fobia yang seharusnya kita atasi dalam menjalani kehidupan seharian, kerana perasaan takut ini hanya akan membataskan kemajuan dan pencapaiyan yang sepatutnya anda mampu capai, Jadi cuba cari sesuatu yang positif dari ketakutan yang anda alami dan gunakannya bagi membantu anda untuk mengatasi masaalah fobia tu.Jadi saya berharap dengan perkongsian ni kita semua dapat mengunakannya untuk membuat postmortem dalam diri masing masing dan jika ada persamaan boleh lah kita cuba memperbaiki (baca post ni : 3 Langkah, dan 7 cara berkesan untuk memperbaiki Attitude )diri kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik “ (rasa macam pakar motivasi la pulak)

Ps: sumber ni aku dapat dari buku saikologi kepunyaan adik aku hehehe.. Cuma aku olah dan tambahkan beberapa perkara untuk aku sesuaikan denga keadaan dan mindset aku.

No comments:

Post a Comment