Friday, May 6, 2011

Aku Tak Sembahyang..Tetapi Aku Berjaya..( Istidraj )


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, May 5, 2011

APAKAH BENAR ALLAH ITU WUJUD???

Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.

"Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?"

Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.

"Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?"


"Mestilah dari benihnya."


"Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?"


"Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku."


"Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?"


"Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?"


'Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?"


"Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud".


"Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?"


"Pasti."


"Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati."


"Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?".


"Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? "


"Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?"


"Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa."


"Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?"


"Buktinya ialah dirimu."


"maksudmu?"


"Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?"


"Ia terjadi sendiri"


"Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri"


"Mengapa mustahil?"


"Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?"


"Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini"


"Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?"


Senyap..


"Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?", ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.


Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, "Tuhan yang tidak mati"


Lalu dia bangkit, "Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah".

_____________

Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, 'kewujudan Allah' hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.

Muhasabah diri...
Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
Nauzubillah..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.

Tuesday, May 3, 2011

Juz share dgn korang jgn pndang remeh kepada kucing....

sharing is caring..sbb my hubby dh kena selepas kes nie 16thun yg lalu tkena kt hospital  sungai petani now come back again..be carefull..
Air liur kucing pembawa maut
Oleh Hafizah Iszahanid (bh)

KUCING dilihat sebagai binatang peliharaan yang manja dan sentiasa dibelai. Bagaimanapun kucing juga boleh menyebarkan kuman “Bartonella Henselae” (B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian.



Dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ia penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing. Ia dikesan sejak awal 1900.

Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai ‘pembawa’. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding kucing dewasa.

B.henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.

Secara umumnya kata Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mendapatkan rawatan doktor jika terkena gigitan atau cakaran kucing. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat. Di sana saban tahun 24,000 orang dilaporkan mendapatkan rawatan akibat gigitan atau cakaran kucing.

Begitupun, tidak mendapatkan rawatan bukan masalah besar jika tidak timbul sebarang komplikasi. Apatah lagi CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

“CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid,” katanya.

Dr Fazilah berkata, jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

FAKTA
GEJALA
1) Demam
2) Letih
3) Sakit Kepala
4) Hilang selera makan. Kurang lima peratus berhadapan dengan komplikasi yang teruk berikutan kekurangan daya imun tubuh.
5) Bengkak yang sangat sakit dan tidak surut dalam tempoh yang lama.

Golongan Berisiko
1) Kanak-kanak
2) Warga tua
3) Pesakit barah
4) Pesakit HIV
5) Penghidap diabetes
6) Pesakit yang mengambil steroid
7) Mereka yang membela dan gemar membelai kucing.

Diagnosa dan Rawatan
Tiga jenis ujian untuk mendiagnos CSD
a) Ujian kulit
b) Ujian darah
c) Ujian B.henselea (menggunakan cecair atau tisu dari kelenjar limfa yang bengkak)
Secara umum ia bukan penyakit yang serius dan tidak memerlukan rawatan tetapi bagi pesakit yang berhadapan kelenjar limfa yang membengkak dan sangat sakit, antibiotik diberikan. Jika kelenjar bernanah, pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Komplikasi CSD
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang dijangkiti.
2) Radang pada retina mata

Dapatkan rawatan jika;
a) Cakaran atau gigitan tidak sembuh dalam tempoh dua ke tiga minggu
b) Kawasan gigitan bertukar merah dan membesar dua hari atau lebih selepas ia terjadi
c) Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas terkena cakaran atau gigitan
d) Kelenjar limfa yang membengkak dan sakit lebih dari dua atau tiga minggu
e) Sakit sendi atau tulang, sakit perut (muntah atau cirit-birit tetapi tidak demam
f) Berasa sangat letih lebih dari dua atau tiga minggu

Cegah CSD
1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.
Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

penting

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia   Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas.


 Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut. 


  Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. 


Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.   Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.       


Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..! 1.Jika anda orang Islam sila sebarkan email ini..!! 2.Jika anda orang bukan Islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam in

Mengapa sembah Kaabah?

Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky. 

Lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad. 

Jacky: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


Ahmad: "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


Jacky: "Baitullah tu apa?"


Ahmad: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


Jacky: "Allah ada dalam tu?"


Ahmad: "Tak.."


Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


Ahmad: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


Jacky: "Kamu sembah apa?"


Ahmad: "Saya sembah Allah swt"


Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


Ahmad: "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


Jacky: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


Ahmad: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


Jacky: "Pernah.. selalu.."


Ahmad: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


Jacky: "Tengok perlawanan bola la.."


Ahmad: "Di mana?"


Jacky: "Dalam tv la.."


Ahmad: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


Jacky: "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


Ahmad: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


Jacky: "So..?"


Ahmad: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


Jacky: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


Ahmad: "Peliknya.."


Jacky: "Sebab apa pulak pelik?"


Ahmad: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


Jacky: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


Ahmad: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


Jacky: "Ya.. tak pelik.."


Ahmad: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


Jacky: "Erk.. kau betul.."

maka terjawablah persoalan Jacky selama ini. 

Thursday, April 28, 2011

Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran (bukan lawak)

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je.. 

2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga. 

3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah. 

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang 

5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. ………… 

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !” SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan. Klik like jika anda pengguna FB. Wallahualam..